Gaya Vintaj Digilai Semula

Friday, 17. April 2009

Cetusan fesyen tidak hanya diilhamkan daripada sesuatu yang baru dan segar. Ia juga tidak hanya dilanda gelora setelah dipentaskan di pentas peragaan.

Gaya klasik atau vintaj menjadi antara kegilaan wanita muda di ibu kota ketika ini malah kerana terlalu obses dengan perkataan klasik, ramai di kalangan pengikut fesyen mula menyelongkar kembali gerobok lama ibu dan nenek kerana inginkan barangan lama.

Bergaun ropol berbunga kecil, berkasut baji, pinggang dihias gancu besar manakala di tangan, beg kulit berpetak jenama Aigner melengkap gaya. Tampak klasik persis pelakon Hollywood era 20-an namun jangan salah sangka kerana mereka bukan ketinggalan zaman tapi mengikuti peralihan fesyen terkini dunia.

Berbeza dengan pakaian bundle iaitu pakaian terpakai dari luar negara yang dibersihkan dan dijual semula pada harga murah, pakaian klasik adalah pakaian baru dan sebahagiannya adalah pakaian terpakai yang dihasilkan ketika era 20-an hingga 80-an.

Pengendali blog The Shoplifters, Salmi Syahirah Salim, berkata penerimaan gaya vintaj lebih terarah kepada golongan muda yang mudah terpengaruh untuk menggayakan pakaian lama namun di dalam sentuhan segar dan moden.

“Gaya vintaj mula dicanangkan peminat pakaian jalanan (street wear) di Barat atau lebih dikenali sebagai pemakaian barangan ‘thrifted’ dan sehingga kini, ramai mula menjadi pengikut.

Kasut Pengaruhi Penampilan

Wednesday, 15. April 2009

Biar sekadar alas kaki, kasut memberi impak besar dalam penampilan individu. Reka bentuk, jenis material hinggalah jenama menyaksikan kepelbagaian pilihan jejaka dalam menyarung kasut idaman.

Andai bijak membuat percaturan, kasut yang digaya membuktikan keprihatinan individu dalam menata arus fesyen semasa.

Padanan warna kasut dengan pakaian serta jaket umpamanya, secara semula jadi memperlihatkan kepekaan si pemakai dalam bergaya. Kemampuan menyesuaikan kasut dengan majlis dihadiri juga penting supaya tidak mencuri tumpuan atas faktor salah.

Dalam lambakan pasaran kasut jejaka sekarang, bukan lagi alasan andai lelaki mendakwa tiada pilihan. Melangkah ke alaf baru, kasut jejaka melalui proses inovasi yang menyaksikan pelbagai rekaan bermutu tinggi dan praktikal dipasarkan pengeluar kasut.

Sebagai tip, ada pelbagai variasi kasut boleh digayakan lelaki. Kasut kulit, kasut sukan, kasut kanvas hinggalah sandal memberi makna besar dalam penampilan lelaki. Selain itu, faktor bentuk badan perlu juga diambil kira dalam memilih bentuk kasut.

Bukan saja sesuai digayakan ke pejabat, kasut kulit amat sesuai disarung ke acara sosial dan rasmi. Potongan kasut kulit yang berciri moden serta tirus adalah jalan paling selamat. Faktor potongan tirus dan panjang pada kasut kulit membolehkan ia mudah dipadankan dengan seluar denim, khaki mahupun korduroi.

Aksesori Terkini Pedro

Monday, 13. April 2009

Sensasi musim bunga/panas 2009, Pedro menterjemah rekaan terbaru untuk aksesori dan kasut kulit yang boleh disesuaikan jejaka masa kini. Seperti identiti rekaan semasa, Pedro mengkhususkan gaya mewah pada setiap rekaan kasut, tali pinggang, dompet dan beg.

Menggunakan material kulit lembu berkualiti tinggi, aura gaya Pedro jelas menonjolkan perincian sebenar terutama dari segi reka bentuk dan idea untuk meletakkan gaya eksklusif buat pemiliknya.

Benarlah identiti tersendiri Pedro menjamin aura kelelakian seorang jejaka moden.

Kasut Pedro musim ini masih lagi berkonsep klasik dengan menekankan warna coklat sebagai teras semula jadi. Meskipun tema klasik, ia bukanlah penghalang untuk lelaki moden berorientasi dengan gaya sebenar malah tampak lebih menarik.

Selain kasut pejabat, Pedro menonjolkan rekaan sepatu yang sesuai disarung ke majlis lebih formal dan santai. Warna hitam dan berkilat yang menjadi teras permukaan kulit kasut membuatkan pemakainya lebih bersahaja dan santai.

Padanan gaya bersesuaian jelas menonjolkan karektor dan keperibadian lelaki Pedro. Beg bimbit yang didatangkan dalam warna dan rekaan senada dengan kasut juga antara faktor menarik rekaan musim ini. Sesuai dengan karektor sederhana lelaki, rekaan untuk beg bimbit juga tidak terlalu sarat.

Koleksi Pedro juga didatangkan untuk dompet, tali pinggang dan kaca mata. Buat jejaka yang sentiasa inginkan gaya terkini dan eksklusif, jenama Pedro adalah jawapan terbaik dalam menterjemah definisi jejaka urban.

Alfred Dunhill Eksklusif Ke Pejabat

Saturday, 11. April 2009

Terfikir mempelbagaikan penampilan ke pejabat? Apa kata cuba sesuatu yang lebih eksklusif daripada Alfred Dunhill. Koleksi terbaru daripada jenama terkenal itu merangkumi persalinan pakaian, aksesori pen, penyimpan kad, kasut dan beg bimbit.

Rona warna sederhana dan rekaan kontemporari cukup sesuai dengan tema tahun baru. Tampil dengan gaya sederhana, nyata penampilan lebih eksklusif untuk ke pejabat.

Lihat saja paduan warna kemeja dengan tali leher seperti yang dicetuskan rekaan Alfred Dunhill kali ini. Pilihan tali leher berjalur dengan warna yang lembut menjadi teras kepada mainan warna tidak terlalu menonjol, sekali gus membangkitkan aura lelaki maskulin.

Pilihan lain seperti koleksi pen, penyimpan kad dan beg bimbit melengkapkan ciri-ciri lelaki urban masa kini!

Technorati Tags: , , , ,