Friday, 11. April 2008
Diilhamkan oleh kehidupan di tepi pantai pada era 1920-an hasil rakaman jurugambar terkenal ketika itu, Jacques Henri Lartigue, koleksi musim bunga dan panas 2008 yang diterjemahkan oleh Marc Jacob untuk Louis Cuitton (LV) menampilkan gaya bersifat kasual, tetapi elegan bersesuaian dengan aliran terkini.
Penggunaan warna terang memikat seperti kuning, merah, hijau dan biru mewarnai koleksi terbaru LV, tetapi penampilannya dilembutkan dengan gandingan blaus, skirt atau celana daripada warna lembut khususnya putih.
Koleksi berkenaan adalah gabungan pereka terkenal kontemporari Marc Jacobs bersama LV serta digandingkan dengan karya pelukis ternama Amerika iaitu Richard Prince. Beliau lebih terkenal dengan gaya lukisan berasaskan kebudayaan sesuatu tempat.
Rekaan Jacobs yang menyerlahkan konsep kesederhanaan ditampilkan dengan motif yang menjadi identiti terkenal LV dan lukisan moden Richard Prince, maka hasilnya koleksi musim bunga dan panas 2008 itu memberi impak yang cukup hebat.
Sebagai kelainan, cara jahitan diilhamkan daripada objek yang sering dilihat di tepi pantai seperti bakul, payung, tuala, pengunjung, ombak, pasir, langit yang biru dan kerang dihanyutkan air laut. Tekstur dilihat pada baju, jaket, seluar, skrit dan gaun juga mempunyai kelainan serta mentafsirkan suasana pantai yang amat tenang. Read more... (476 words, 1 image)
Posted in Bag by Salina -
Friday, 11. April 2008
Koleksi musim bunga Coach tahun ini menawarkan gaya beg tangan unik menggunakan pelbagai bahan seperti kulit, plastik, serat dan denim kanvas. Warna terang segar menjadi pilihan tetap Coach untuk musim ini seperti yang dilakukan sejak 66 tahun lalu.
Setiap koleksi diberikan nafas baru selain mengekalkan gaya dan fungsinya dengan cita rasa tinggi. Musim ini Coach memperkenalkan enam jenis koleksi yang dikenali sebagai ergo, bleecker, madison, legacy thompson, jewelry dan soho.
Koleksi ergo menawarkan beg tangan hobo dan beg besar yang didatangkan dengan jahitan kedut pada permukaan beg. Didatangkan dalam warna terang seperti warna semula jadi, putih, jingga gelap dan hitam. Ada juga beg bimbit yang dilengkapi dompet kecil di dalamnya yang menambah gaya feminin dan koleksi itu didapati dalam warna biru laut, perang dan merah jambu.
Jika gemar bergaya dengan beg bersaiz XL, ada beg daripada plastik yang telus dan diperkemas dengan kulit berwarna keemasan pada tangkai, tepi dan bawah beg.
Tampil dengan gaya antik menerusi koleksi bleecker yang menampilkan aksesori pada beg. Penggunaan denim kanvas menambah gaya dengan tampalan motif bunga daripada kulit yang mengimbau kembali nostalgia barangan kulit sekitar tahun 70-an. Edisi terhad beg daripada serat Millie XL Hobo memaparkan gaya ikon Coach dan beg Krakoff yang digemari daripada koleksi musim bunga. Read more... (333 words, 1 image)
Posted in Bag by Salina -